Thursday, December 6, 2012

Bercucuk Tanam.

Last update bulan 10 lepas. Aku agak bizi apetah lagi aku sekarang nih ada hobi baru. Menanam dan menternak. Balik je kerja mesti aku hadap dua benda ni :) 
Entah la macam mana aku boleh melibatkan diri dalam aktibiti ni, tapi serius aku cakap ianya sangat fun :)

Aku rasa macam aku boleh release tensi aku bila mengadap benda alah ni. Dulu masa sebelum try menanam aku bayangkan tanaman aku takkan mendatangkan hasil. Aku silap weh, semua tumbuh, segar! Yang paling buat aku hepi bila buah petola aku dah membuahkan hasil. Dah boleh dipetik dan dimasak sesuka hati. Yes!

Semua benda boleh jadi, walaupun kita takde pengalaman. Asalkan kita rajin dan fokus. Itu pendapat aku la. Selain petola, aku tanam lada, terung, tembikai kuning, tebu, dan buah naga :) Agak banyak. Suka pulak bila tengok kawasan rumah aku ada kebun. Ini bermakna aku boleh makan sayur segar. Terbaik dari ladang.

Hmm, baiklah aku nak share gambar-gambar tanaman aku. Ada sesetengah daripadanya aku tak snap gambar. Lain kali aku upload kalau ingat :)



Anak pokok lada.

Petola.


Pokok lada yang ditanam atas batas.

Nampak tak pokok tebu sebelah kiri?


Ok, itu sahaja gambar yang dapat aku kongsikan dengan korang. Gambar haiwan ternakan aku such as puyuh aku update kemudian. Selain puyuh, aku ada bela merpati singa dan burung budgie... Itulah hobi baru aku. Aku suka hobi membela budgie, merpati dan puyuh. Bila boring aku boleh tengok-tengok, bagi makanan. Berbaloi.

Sekian dahulu untuk kali ni.

Monday, October 15, 2012

Blog berhabuk.


Orang buat blog, aku buat blog. Orang tulis blog, aku pulak pura-pura takde blog.... Eh boleh gitu? Suka hati aku lah kan...

 Actually, aku ni nak sangat update blog tapi aku macam takde idea aw nak cakap pasal apa. Padahal aku boleh je meraban apa yang aku suka or bercerita tentang kehidupan seharian aku, kerja aku. Aku ada je masa untuk luangkan tapi itulah...... bila alasan menguasai diri. Ahhh, korang paham-paham lah.

Well. kehidupan aku alhamdulillah baik. Masalah tu biasalah kan. Semua orang pun ada masalah. Ye dak? ALLAH bagi ujian ni sesuai dengan kemampuan manusia. Dia turunkan ujian bersama dengan jalan penyelesaian. Aku tetap yakin dengan Allah. Pasti ada hikmah. Setelah kabus pergi pasti cerah kembali... Insya Allah. Itulah yang aku harap-harapkan :)

Aku tidak henti-henti berpesan pada diri aku....... Have faith... have faith.... and have faith. Bak lagu Opick " Tiada duka yang abadi"!

 Absolutely true.... For those yang ada big problem, put trust in Allah okey? No need to worry coz Allah always be with us. Doa Doa and teruskan berdoa sehingga doa kita dimakbulkan.

Tu je lah yang aku nak cakap. Maaflah kalu you guys tak suka dengan gaya penulisan aku. Dahlah menulis kadang-kadang aje. Hoho.. Ni pun aku tulis sebab nak buktikan kewujudan aku dalam dunia blog.



Luvly cat- ABU! Sangat baik dan gebu. Sesuai dibuat bantal. Agagagaga

Eh, korang perasan tak satu benda?

 Meh aku kasi tahu..... Kehenseman kucing demok tu sebijik macam aku lah. Ooooppps??? Bahahaha

Jumpa lagi di lain entry. InsyaAllah. Have a nice Monday everybody and thanks for reading my entry.

Salam!


Thursday, August 23, 2012

BUAT YANG MENGIDAM PAVLOVA (BESUT/SETIU/KAWASAN BERDEKATAN).

Nurul Hidayah: ORANG BESUT/SETIU DAN KAWASAN SEKITAR BOLEH MULA O...: Orait… dengan ini diumumkan tempahan Pavlova mula dibuka kepada sesiapa yang berminat.  Kenapa Pavlova? Pavlova ni sangat sedap, tekstur ya...

Tuesday, August 7, 2012

Rahsia+Misteri Zikrullah.

Rahsia Zikir

  • Otak menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

  • Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

  • Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

  • Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

  • Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

  • Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

HEBAT!

Sumber : http://blog-misteri.blogspot.com

Saturday, July 21, 2012

Happy Ramadan.


Assalamualaikum.

First of all, selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat puasa pada tahun ini. Semoga dipermudahkan segala urusan InsyaAllah. Azam puasa aku tahun ni of courselah nak jadi better than before.

Sempena dengan hari pertama puasa ni, ada baiknya aku kongsikan info mengenai puasa. Aku google je benda ni sebenarnya. Sangat banyak yang berguna. But, aku ambik a few yang aku berkenan sahaja.

Lafaz niat puasa :


Wowwwwww!


Baiknya Allah! Subhanallah.

Nak share video lagu Raihan ni kat korang semua. Nice song!

:')
InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik untuk puasa kali ni. Puasa setahun sekali je, so tak salah kalau kita sama-sama mengimarahkan bulan puasa ni dengan melakukan perkara-perkara yang menjanji pahala. Aku tulis camni bukanlah nak cakap aku ni muslim yang baik tapi just sebagai peringatan diri aku juga.
Lastly, aku doakan kalian semua berada dalam naungan rahmat Allah. Manfaatkan bulan puasa nih dengan berzikir, solat sunat, membaca al-Quran, bersedekah, dengar lagu-lagu berunsurkan kerohanian yang boleh menyucikan jiwa dan sebagainya.
Wallahu'alam.

Sunday, June 24, 2012

Quote of the day.

Hi ladies and gentleman :') long time no see... Really busy for few days ago! Sad news man, my jari telunjuk hampir putus. Fuhh, sakit giler uolls. Alhamdulillah everything going so well even aku kena 5 jahitan :'( 
Please pray for me guys. TQ. Owh, by the way i want to share something that interest me...


Absolutely true!

What do you think???

Life must go on. Chill man chill.



Saturday, June 16, 2012

Answer His Call. Remember!



Peringatan untuk diri sendiri jugak. Oh ya, selamat menyambut Israk Mikraj esok 17 Jun 2012.


Tuesday, June 5, 2012

Tutorial Teknik Lomography.

Kemain aku baru ada blog dah nak buat tutorial. Well, tutorial teknik lomography ni sangat senang even korang tak tahu nak guna photoshop. Tapi kali ni aku jamin korang akan boleh buat this technique. Let's start.

Oh ya, kalau korang belum ada lagi adobe photoshop korang kena download dulu then baru boleh ikuti tutorial aku yang pertama ni.

Firstly, korang buka dulu perisian adobe photoshop korang tu....dah buka akan keluar la macam kat bawah ni:

 ok?

Next, kita ke step seterusnya! Korang klik >File>Open, then korang pilihlah mana-mana gambar korang yang nak diedit. Contoh aku edit gambar aku yang nih:


Hensem tak aku? haha, maaf aku melawak je.

Kemudian, korang pergi pulak dekat tool bar kat atas tu cari >Filter>Lens Correction. Kalau korang tak jumpa, korang buat camni >Filter>Distort>Lens Correction. Ok? Dia akan keluar paparan macam kat bawah ni...


Alright, korang cari perkataan >Vignette. Dah jumpa, korang adjust amount tu kepada -75. Manakala midpoint tu kekalkan +50. Korang buang tanda dalam show grid tu ye dan klik >Ok.

Dah settle part tu, pada tool bar korang klik >Window>Channel. Macam gambar ni...


Nampak tak kat sisi kanan tu, ada Channel RGB, Red, Green and Blue?

Korang klik dekat Channel red tu kemudian korang ke tool bar >Image>Adjustment>Brightness/contrast. Contoh seperti gambar ni,


Buat sampai jadi macam gambar kat atas tu tau.... kemudian, klik je Brightness/contrast tu... akan jadi macam ni,


Now, dalam kotak brightness and contrast tu korang isi la dengan angka yang korang nak. Kalau aku, aku letak angka 75 dalam kedua-dua kotak tu. Kalau korang nak letak 60 ke boleh juga, terpulang pada korang k.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Kemudian, pada Channel Green korang ulangi je step untuk buat Channel Red tadi. Ikut sebijik-sebijik tau. Bila dah siap ulangi step tu korang just tekan Channel RGB. Channel Blue tu korang abaikan je. Korang akan nampak perubahan pada gambar yang diedit tadi. Boleh la korang save gambar yang dah siap tu.


Ni contoh gambar yang dah siap dan bolehlah di'save'kan dalam folder.

Satu lagi contoh gambar lomography aku :


Mudah tak? Kalau tak faham boleh tanya aku ye. Korang tinggalkan komen kat bawah ni. InsyaAllah aku akan reply. Selamat mencuba ye. Bye korang.


Monday, June 4, 2012

Hadapi dengan Senyuman.


Aku suka lirik lagu nih :)



Apa pun yang berlaku hadapilah dengan senyuman. PEACE.

Life is Wonderful with HIM.


"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed."



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.