Thursday, December 6, 2012

Bercucuk Tanam.

Last update bulan 10 lepas. Aku agak bizi apetah lagi aku sekarang nih ada hobi baru. Menanam dan menternak. Balik je kerja mesti aku hadap dua benda ni :) 
Entah la macam mana aku boleh melibatkan diri dalam aktibiti ni, tapi serius aku cakap ianya sangat fun :)

Aku rasa macam aku boleh release tensi aku bila mengadap benda alah ni. Dulu masa sebelum try menanam aku bayangkan tanaman aku takkan mendatangkan hasil. Aku silap weh, semua tumbuh, segar! Yang paling buat aku hepi bila buah petola aku dah membuahkan hasil. Dah boleh dipetik dan dimasak sesuka hati. Yes!

Semua benda boleh jadi, walaupun kita takde pengalaman. Asalkan kita rajin dan fokus. Itu pendapat aku la. Selain petola, aku tanam lada, terung, tembikai kuning, tebu, dan buah naga :) Agak banyak. Suka pulak bila tengok kawasan rumah aku ada kebun. Ini bermakna aku boleh makan sayur segar. Terbaik dari ladang.

Hmm, baiklah aku nak share gambar-gambar tanaman aku. Ada sesetengah daripadanya aku tak snap gambar. Lain kali aku upload kalau ingat :)



Anak pokok lada.

Petola.


Pokok lada yang ditanam atas batas.

Nampak tak pokok tebu sebelah kiri?


Ok, itu sahaja gambar yang dapat aku kongsikan dengan korang. Gambar haiwan ternakan aku such as puyuh aku update kemudian. Selain puyuh, aku ada bela merpati singa dan burung budgie... Itulah hobi baru aku. Aku suka hobi membela budgie, merpati dan puyuh. Bila boring aku boleh tengok-tengok, bagi makanan. Berbaloi.

Sekian dahulu untuk kali ni.

No comments:

Post a Comment